CUME TEKEJUT JEE!!! :)


'Islam Adil Untuk Semua'.

*Siang tadi sewaktu aku berjalan-jalan di kawasan membeli-belah di UKM, tempat itu dipanggil PUSANIKA. Aku singgah di gerai jualan buku-buku islamik. Majorotinya yang dijual adalah buku hasil tangan Ust. Riduan Mohd Nor, Tuan Guru Ayah Cik dan Tok Guru Nik Aziz. Kesemuanya hampir sepenuhnya menjadi koleksi aku. Tapi aku tertarik pada dua biji buku yang mungkin baru dikeluarkan. Ataupun mungkin dah lama terbit tapi aku je yang ketinggalan…dalam buku yang berjudul ‘Islam Adil Untuk Semua’. Antara maksud yang cuba disampaikan oleh Ayah Cik dalam buku tersebut, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.
"Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

*Diantara yang membuatkan orang seperti aku begitu kaget dan terkejut apabila aku terbaca di cover belakang buku itu, beliau memasukkan juga kata-kata dari orientalis Belanda ini:
"Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'",

*Ungkapan ini sama dengan tugasan akhir penulisan tesis aku sewaktu di UIN Jakarta dulu. Tesis itu yang bertajuk ‘Jihad Dalam Al-Qur’an Menurut Perspektif Abdul Hadi Awang”. Jadi, ini bermakna aku dulu yang menulis kata-kata orientalis ini. Hehehe, tapi, aku tidaklah bermaksud mengatakan Ayah Cik meniru kaedah penulisan aku. Cuma rasa gembira apabila sesuatu perkara yang kita buat diikuti oleh seorang ulama’. Moga moga satu masa nanti aku akan jadi sepertinya.. Aaaamin.

*Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya, ,merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci. Untuk mengetahui isi kandungan yang selanjutnya, bolehlah dapatkan di pasaran sekarang. Nak cerita banyak-banyak pun, baru sikit je bace.. Harganya pun taklah mahal sangat nak dibandingkan kita top up rm10 satu hari. Jadi…selamat membaca dan Alhamdulillah aku Berjaya membeli dua biji buku karangan Ayah Cik yang berjudul ‘Islam Adil Untuk Semua’ dan ‘Bagaimana Islam Memerintah Dunia’….
Adiosss…..
0 ulasan:
/

sahabat