sekadar Untuk Dikongsi :)



*Jam menunjukkan 12.53 tgh malam menandakan telah memasuki hari ke 8 aku di sini. Diselang seli dengan kesibukan harian yang sering menghambat waktu yang sering berlari, pada malam yang sunyi ini, akhirnya aku dapat meluangkan masa untuk mengelap habuk-habuk dalam blog aku yang sudah lama terabai….hehe… seringkali juga teman-teman bertanya khabar, kenapa lama menyepi. Tapi pada hakikatnya bukanlah menyepi, akan tetapi, andai ditakdirkan satu hari ada 25jam, bolehlah satu jam berbaki itu diluangkan untuk blog ini… Tapi, aku tetap bersyukur dengan ketentuan Ilahi mengatur kehidupan kita dengan dengan sebaik mungkin selama 24 jam sehari-hari. Siang tadi setelah selesai kelas jam 11pagi, aku berjalan-jalan sekitar kampus untuk mengenali dengan lebih mesra kehidupan sebenar insan-insan yang bergelar mahasiswa. Dipendekkan cerita, sampailah aku ke Pustaka Tun Seri Lanang. Aku masuk ke dalam untuk mengenali dengan lebih dekat isi kandungan serta cara pengurusannya kerana ia juga bertujuan untuk kemudahan aku pada masa akan datang nanti. Terlintas untuk menulis tentang tajuk ini disebabkan penemuan satu barisan rak yang menempatkan kitab-kitab hadis dan mustolah hadis.

*Nak dijadikan cerita yang boleh dikongsi, aku capai sebuah buku tentang Ulum al-Hadith yang cukup baik ditulis oleh seorang pemegang PhD dalam hadith. Buku dalam Bahasa Melayu. Buku Mustolah al-Hadith itu adalah baik cuma ia tidak mungkin memberikan 'gambaran menyeluruh' tentang kajian hadith. Ia merupakan satu usaha untuk 'mendekatkan' kita terhadap gambaran itu.

*kerana dari perbahasan demi perbahasan dalam buku itu. Aku memilih tajuk 'hadith hasan' dan juga 'hadith mursal' untuk memberikan bukti. Dalam buku tersebut - dan juga buku-buku ringkas yang lain - kita dapati definisi ringkas tentang 'hasan' dan juga 'mursal' lalu diberikan contoh. Definisinya begitu terhad dan sememangnya ia perlu diringkaskan untuk kemudahan pembaca. Tetapi... ada beberapa perkara yang kurang tentang definisi itu. Kebetulan di rak yang berhampiran terdapat sebuah buku tentang 'hadith hasan' sebanyak 5 jilid! Begitu juga saya teringat bahawa terdapat pengkaji lain yang menulis tentang 'hadith mursal' berjilid-jilid. Mungkinkah semua jilid-jilid itu dapat diringkaskan dalam 2 muka surat? 1 muka surat untuk 'hadith hasan' dan 1 lagi untuk 'hadith mursal'? Ini realiti.

*Bagi penuntut ilmu hadith, saya huraikan lagi perkara di atas dengan contoh:
*Contoh 1:
Penulis mengambil definisi 'hadith hasan' yang diungkapkan oleh Imam al-Tirmidzi di hujung bukunya al-Jami' atau apa yang dipanggil sebagai Ilal Saghir, lalu menyimpulkan bahawa definisi yang diungkapkan oleh al-Tirmidzi membawa maksud : Hasan Li Ghairihi. Semudah itu. Sedangkan perbincangan tentang perkara tersebut amat panjang dan mempunyai pelbagai sudut untuk dilihat. Penulis juga tidak membawa pandangan sesiapa untuk menyokong tafsiran tersebut.
*Contoh 2:
Penulis memberi erti 'hadith mursal' dengan hanya satu maksud iaitu ia hadith yang diriwayatkan oleh seorang tabi'i tanpa menyebut nama 'sahabat Nabi'. Itu sahaja. Kemudian sesuatu yang menghairankan, beliau menyebut tentang khilaf ulama dalam menerima hadith mursal. Katanya ada yang menolak kerana tidak tahu kedudukan periwayat yang tidak disebut. Adakah ulama hadith menolak hadith kerana tidak tahu kedudukan 'sahabat Nabi'? Anda boleh faham contoh ini dengan jelas.

*Tujuan saya menulis ialah untuk menegaskan:
Sesiapa sahaja yang membaca buku Ulum al-Hadith - mana-mana buku Ulum al-Hadith - tidak akan mendapat gambaran yang tepat tentang kajian yang berlaku. Ini bermakna buku-buku Ulum al-Hadith lebih bertujuan untuk 'mendekatkan' kita terhadap kajian, tapi bukan 'meringkaskan' kajian sehingga kita faham apa yang sebenarnya berlaku.

*Oleh itu saya menasihati sesiapa yang berminat dalam Ulum al-Hadith agar :
Membaca pelbagai jenis buku berkaitan Ulum al-Hadith atau Mustolah al-Hadith. Jangan hanya memadai dengan buku-buku ringkas, tetapi cuba sedaya mungkin untuk mempelbagaikan buku. Setiap buku mempunyai sesuatu yang tidak ada pada yang lain.
*Ini jelas untuk mengelakkan daripada terperangkap dengan istilah-istilah yang mempunyai definisi ringkas berlainan dengan kajian sebenar. Pada saya, bukan salah penulis buku-buku Mustolah kerana mereka bertugas meringkaskan dan mendekatkan. Tapi salah pada kita pembacanya kerana tidak menyedari perkara ini..

*Cuma sekadar nak dikongsi sahaja. Sewaktu menilik kitab-kitab, rindu pulak pada teman-teman seperguruan sewaktu di Indonesia dulu. Kerana, kalau tiap kali aku ke perpustakaan pasti ada yang mengekori, siapa lagi kalau bukan si sepuu dengan beg galasnye yang besar tu. Maklumlah, terlebih rajin. Heheh. Rindu pulak waktu stdy kat UIN dulu. Siapkan madah Takhrij Pak Bustamin di Pustaka Imam Jama’ sampailah ke waktu malam baru balik ASPI. Alhamdulullah hasilnya lumayan bangatt… sampai boleh terlupa waktu makan. Tapi waktu menuntut ilmulah saat yang paling “happy good lucky hidup slumber”, bila masing masing dah tamat, bermacam-macam haluanlah yang direka sendiri.
*Saat aku asyik mengelamun, tiba-tiba aku disapa dengan satu suara. “Assalamualaikum… apa khabar….buat apa kat sini..lama tak jumpa…” lantas aku menjawab salam dari suara yang sememangnya aku kenal, tapi sudah lama tidak ketemu, begitu kecik dunia bg pertemuan ini. Tapi begitu besar nikmat alam yang Allah kurniakan ini…
Sekadar untuk dikongsi :)
0 ulasan:
/

sahabat