Evolusi Ketika Cinta Bertasbih...
23.51*Satu tika dahulu, di blog ini aku pernah menulis berkenaan ibuku…. Disaat aku sedang mengelamung menghilangkan penat dalam menyiapkan tugasan2 yang hampir meragut nyawa diberi oleh pensyarahku, perutku memberikan isyarat lampu merah yang menandakan aku perlu stop untuk sejenak,,, saat itu juga terfikir sejenak tentang ibuku.
*Pada waktu begini biasanya ibu menyiapkan makanan yang paling hebat di alam semesta, iaitu ikan singgan berulamkan budu. Tapi adakah hari ini waktu ini dan saat ini ibuku berbuat demikian, atau adakah ibuku telah menjamu slera bersama ayah dan adik bongsuku. Kalau sudah, Alhamdulillah. Tapi....dulu ibu ada berkata, diwaktu ketiadaan anak-anak dirumah, nasi yang seperiuk kecik tu pun susah nak dihabiskan, akan tetapi apabila kami semua adik beradik pulang kerumah. Ibu selalu memasak nasi menggunakan periuk besar dan diantara kami ibulah yang paling berselera.
*Lalu aku pun mengirimkan sms ” Aslmkum ma...ade mane? Shat? Makan tak lagi?...lantas ibu membalas ”wslm, sehat je, ade Paka tggu adik balik sekolah, balik kekgi baru makan”.. aku terkedu seketika...perutku yang dari tadi mengisyaratkn lapar, terus tidak terasa apa apa seolah olah lapar itu tidak pernah wujud dalam diriku... kerana dalam benakku, aku terbayangkan ibuku yang sedang menunggu kepulangan adikku yang berpayungkan panas terik mentari jam 3 ptg di sekolah rendah Darul Bayan yang sejauh 20km dari rumahku.
*Begitu hebat pengorbanan ibuku yang membesarkan dan mengasuh 7 orang beradikku yang lain. Maaf kupinta jika sekiranya segala susah payah, segala pengorbanan serta didikan yang selama ini ibu curahkan tidak sempat ku balas ataupun tidak seperti yang ibu mahukan, akan tetapi aku tetap berusaha untuk jadi anak yang soleh serta yang terbaik diantara yang terbaik… diantara posting dalam blog ini, aku tidak pernah puas membaca pengalaman aku bersama ibu satu ketika dahulu sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Kerana ia boleh memberikan motivasi penguat semangat kepadaku tika aku kemalasan dan hampir berputus asa… elok juga kiranya aku menerbitkan kembali suatu yang istimewa untuk dikongsi bersama2 sahabat yang pasti menyayangi ibu sahabat2 sekalian….
My Lovely Mother...
Tanggal 31 0gos 2008 mengingatkan saya pada sebuah memori yang paling indah, yang mana sebelum datang ke kota Jakarta di Bumi Indonesia ini, ketika ibu saya berkunjung di salah satu pusat membeli belah di Kedah, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah di tempat yang bersesak-sesak dengan orang ramai, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya masih belum sembuh sepenuhnya dan hampir lumpuh akibat kemalangan yang tejadi beberapa minggu yang lepas dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam sanubari. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Dan masih lagi tersisa 3 hari berikutnya saya akan berangkat ke kota Jakarta yaitu pada 3 september 2008. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... Dan pada 13 september 2009, sekembalinya saya ke Malaysia dan tangan ibulah yang pertamakali yang akan saya kucup…
With Love to All Mother " JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA". Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.....
*** Alhamdulillah sekarang aku telah selamat menyelesaikan kuliahku di Indonesia dan sewaktu dalam proses kemasukan ke UKM, telah banyak kali aku bertafakur. Adakah kemasukan aku ke UKM akan membebankan keluargaku lagi, kerana perbelanjaan begitu mahal. Akan tetapi, syukur kerana berkat usahaku selama 3 bulan setelah kepulanganku ke Malaysia, segala perbelanjaanku di UKM dari dulu hingga sekarang, tidak satu sen pun aku menggunakan duit keluarga.
With Love to All Mother " JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
SMS KEPADA IBUMU SECEPAT YANG MUNGKIN SELAGI DIA MASIH LAGI BERSAMA KITA DIDUNIA INI, JANGAN SAMPAI BILA IBU KITA BERHIJRAH KE ALAM LAIN, BARULAH KAMU MENANGISI KETIADAANNYA". Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.....
Wanita Dalam Keislaman...
02.59Dah lama aku x usik blog ni, kadang-kadang x sempat, terkejar sane, terkejar sini. Tapi bukan main kejar-kejar. Tapi mengejar waktu yang sentiasa melarikan dirinya daripada aku. Niatku ikhlas Cuma ingin memintasnya walaupun sekali, tapi apakan daya, waktu begitu sombong dan pantas meninggalkan aku menuju ke hari yang paling akhir dalam kehidupan makhluk Allah di dunia ini. Adakah waktu yang bersalah atau akukah yang terleka hanyut dalam fatamorgana diniawi. Andai manusia tanpa akal tiada beza dengan haiwan,tapi andai manusia dengan akal tapi tidak menggunakanya dengan selayaknya pasti lebih tercela dari haiwan..emm..ramadhan telah lama berlalu,syawal pun dah lama pergi..yang pasti kuliah telah lama bermula..sengaja aku mencari2 sesuatu yang boleh memotivasikan diri yang leka diulit kuliah yang panjang ni, satu perkara yang sering buat aku bersemangat bila teringat pesan abah: " ingatlah semua yang kita buat tak kira besar atau kecil jika matlamatnya untuk Islam pasti diangkat oleh Allah menjadi saham yang akan menyelamatkan kita diakhirat kelak..tuhan tidak akan bertanya adakah kamu telah sempurna mendaulatkan Islam di dunia akan tetapi pernah atau tidak kamu mencurah keringat untuk mendaulatkan Islam semasa hayatmu..seperti kisah burung pipit yang berulang alik mengangkut air dalam paruhnya untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim dalam api yang marak takkala dipersendakan oleh haiwan lain kerana apalah kesannya setakat air yang beberapa titik yang dicurah oleh sang pipit..namun jawabnya padam atau tidak api ini bukan urusan aku akan tetapi aku takut takkala mengadap Allah s.w.t aku tak mampu menjawab apakah yang telah aku buat untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s.."
kuliah hampir menutup tabirnya bersama semilir angin musim panas yang semakin menyengat kepala.. waktu juga semakin pantas seperti halnya musim sejuk bila siang hari amat pendek manakala dimalam hari pula menjadi panjang. Teringat celoteh teman-teman di bumi anbiya " musim sejuk ni tidur la paling best,sebab tido mlm ngan leha,mandi plak ngan sakinah.." tak faham aku..rupa2nya tidur malam berselimutkan leha' (soratoga,selimut tebal musim sejuk) pastu mandi memang ngan sakinah (sakhonah:dapur khas untuk panaskan air)..ceh buat suspen jeh. Satu perkara yang ketara bila nak beralih musim ni..serangan2 lalat tidak lagi berlaku n lalat jadi pasif, kalau memula dulu tak leh nak duduk diam memang lalat ni suka berkerumun manusia tak kira masa,memang serabut tak senang duduk..tak kira individu tu mandi atau tidak kerana sasaran lalat ni tak mengenal darjat apatah lagi keturunan..teringat kata2 ustaz Kamarulzaman yang secara berseloroh takkala menjawab soalan kami sewaktu di KUDQI dulu, “tempat manakah yang lebih best sambung belajar kat mesir atau indon terus beliau menjawab "kalu gi mesir best tapi tak tahan ngan lalat..indon plak tak tahan ngan nyamuk.." sememangnya gurauan tu ada benarnya..
Alhamdulillah sekarang aku telah menyelesaikan pengajianku di Indonesia dan sekarang sedang bertarung emosi di UKM pula. Memang ada hikmahnya Allah mentakdirkan aku ke Indonesia dan bukannya ke Mesir satu tika dahulu. Walaupun dihati dan perasaan ini sentiasa terdetik mahu melangkah terbang ke Mesir walaupun hanya sebagai pelancong sementara. Mmm……. Tak mengapalah, mungkin lain kali, tibalah masanya…
Pasal lalat tadi….sememangnya sekarang aku dikerumuni lalat2 dari CafĂ© Pusanika UKM..Memang sapa2 pun akan menyampah serta macam2 kata yang #@^&%_+$#@! kesat keluar tapi bukannya lalat tu faham..dalam tak sedar aku seakan nak menyalahkan kejadian tuhan, bila duk pikir balik kenapa sampai setara tu?..bukan kah semua kejadian tuhan ada hikmahnya? semuanya berzikir kpd Allah s.w.t ..itulah perspektif berfikir kita yang terpesong, syukurlah kerana tuhan cipta lalat kecik je kalau besar ayam sekor2 huru hara lah gamaknya..apa pun semuanya mengingatkan aku pada hadis nabi s.a.w
"orang yang beriman melihat dosanya seumpama gunung yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya seumpama lalat yang hinggap di hidungnya apabila dia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari..
Tanpa disedari tuhan hendak mengingatkan hambanya yang leka diciptakan lalat mendampinginya agar segera tersedar,betapa tuhan itu sentiasa menanti2 lafaz taubat dari hambanya dari segala dosa..namun bagi yang tidak mahu mengerti semua sudah menjadi kebiasaan tiada apa yang hendak difikirkan..alangkah ruginya!..
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:
”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.
Moga-moga Allah sentisa memelihara aku dari segala macam ujian di UKM ni. Sememangnya aku suka melihat dan terpesona dengan muslimah-muslimah dari fakulti aku, tetapi ketepersonaan aku itu kerana dia seorang muslimah yang menjaga adab serta kesopanan wanita Islam. Yang sentiasa memiliki ciri-ciri kewanitaan dalam keislaman. Walaumacammanapun hatiku Cuma pada yang satu
POLIS&FRU VS MAHASISWA
03.10* Manakala pada 29 Januari semalam, kenapalah aku tersangat-sangat ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM. Tepat jam 12 tghri aku menaiki bas mini menuju ke UKM. Rupa-rupanya ada satu peristiwa yang enak untuk dikongsi walaupun aku bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Tapi cukup memalukan kerana kisah ini merupakan satu kejadian yang bukan tarafnya Polis Ataupun FRU melawan mahasiswa yang berumur hanya belasan tahun.
* Selepas selesai solat Jumaat di Masjid UKM, dua mahasiswa UKM ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti itu.Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang.
* Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan. Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.
* Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu, bermula jam 2.30 petang kemarin, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti. Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat. "Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza,"
* Kira-kira 30 polis dan FRU mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi. Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi.
* Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.
***Kalau di alam university mereka telah di ajar dengan cara yang sekotor itu, apatah lagi bila di dunia reality. Kerana kalau dibicarakan dari segi undang-udang dan peraturan UKM, pihak polis dan FRU tiada kuasa apabila berada didalam kawasan Universiti. Apatah lagi bersikap kasar kepada mahasiswa. Kerana itulah pimpinan kita mengatakan Malaysia bukan lagi sebuah Negara yang aman untuk didiami. Cara untuk membetulkan system pemerintahan Negara adalah dengan menukar sepenuhnya undang2 serta perlembagaan Negara dengan cara menukar kerajaan melalui pilihanraya yang bersih….
****TEPUK DADA TANYA IMAN
Agen Provokator!!!
21.20ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA…
· Walaupun isu ini sudah berlalu 42 jam yang lalu dan barulah sekarang minda ini berkesempatan untuk menari-nari di alam maya ini. Moga-moga ianya memberi satu lagi kesedaran dalam diri sahabat-sahabat kita disamping kesedaran-kesedaran yang telah lalu. Nak dijadikan ceritanya lagi, pada 27 januari yang lalu setelah selesai kuliah pada jam 2 ptg, aku bersama seorang sahabat bergegas ke Universiti Putra Malaysia kerana ingin bertemu dengan pensyarah di sana. Tujuannya adalah untuk membicarakan 2, 3 perkara yang dirasakan perlu. Yang mana beliau menawarkan kepada kami untuk menjadi Research Asisten (RA) bagi satu kajian di sekitar Lembah Klang. Setelah selesai segala perbincangan kami di hantar oleh pensyarah tersebut dan dalam perjalanan pulang menuju ke komuter berdekatan. Dia menceritakan kepada kami berkenaan peristiwa yang baru sahaja berlaku pagi tadi iaitu berkenaan dengan kepala babi.
· Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat termasuklah pemandu teksi. Kerana sewaktu dalam perjalan pulang sesampai sahaja di komuter Bangi, kami menaiki teksi dan sempat bertukar pandangan dengan pemandu teksi tersebut, antaranya selain kejadian kepala babi, dia mengatakan pemimpin melayu di Negara melayu langsung tidak boleh membela orang melayu. Satu persatu ditindas.
· Orang melayu sudah tidak punyai apa-apa lagi sekarang. Kalau orang India dan Cina mempunyai tulisan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi bagi bangsa Melayu telah dihapuskan oleh pemimpin Melayu sendiri. Yang tinggal untuk bangsa melayu hanyalah Keretapi Tanah Melayu sahaja. Dan isu itu pula merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.
· Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
1. Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
2. Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
3. Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama UMNO ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
4. Keempat, Ketua Polis Negara Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja - tidak orang biasa - yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
** WAHAI SAHABAT SAHABAT... BANGKITLAH DARI LENAMU...
Tan Sri S.O.K
06.21*Pada 20 Januari 2009: Veteran Kongres India Malaysia (MIC) ahli politik Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha meninggal di rumahnya di Bukit Pantai Petalin Jaya pada hari Selasa. Ubaidulla, yang berada di tahun 90-an, adalah bekas pengerusi Yayasan Ubadi dan merupakan ahli pengasas MIC pada tahun 1946. Dia adalah mantan ketua kekal MIC, seorang senator dan juga timbalan presiden Dewan Negara, The Star.
Ubaidulla menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1989, dan juga dengan pembentukan Associated Indian Chambers of Commerce dan juga presiden pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada tahun 1961. Samy Vellu berkata Ubaidulla telah mengabdikan diri kepada masyarakat dan membantu membawa kemajuan.
*Pada 21 Januari 2010 yang lalu, dalam kuliah Organisasi Dakwah yang di kelolai oleh Pfor. Madya Dr.*** , aku telah diberikan satu tugasan yang begitu memeningkan kepala. Mana tidaknya, kalau sahabat-sahabat yang lain diberikan tugasan secara berpasangan, tetapi aku pula diberikan secara individu. Dan tugasan yang diberikan itu membuatkan aku terpaksa pergi ke IAIS yang bertempat di Mahsa College yang berhampiran dengan Universiti Malaya. Nak dijadikan pengalaman, pada 23 Jan sabtu jam 10 pg aku pun bertolak dengan menaiki komuter yang tidak beraircond menuju ke KL Sentrel, dari KL Sentrel terus naik PUTRA LRT ke Taman Universiti, sesampai di Taman Universiti, aku menaiki bas menuju ke UM, sampai ke UM, aku fikir itu sudah menjadi final destination, tetapi tidak. Setelah selesai menunaikan solat zohor, aku menaiki teksi menuju ke International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Dan program bermula pada jam 2 ptg. Alhamdulillah, hasil usaha rajin bertanya jalan kepada setiap manusia yang aku jumpai, akhirnya aku telah sampai ke destinasi yang dituju walaupun itu kali pertama aku ke sana. Majlis pada hari itu hanyalah untuk memperingati Tan Sri S.O.K Ubaidulla. Dan kebanyakan yang hadir adalah dari golongan Dato’ Sri, Datin Sri, Prof. Madya, Syed, Syarifah dan golongan-glongan yang berpangkat. Dan di antara ahli panel yang hadir adalah Rektor UIA Tan Sri Muhammad Kamal Hasan.
*Tugasan yang diberikan kepada aku adalah Ketokohan dan Pemikiran S.O.K Ubaidulla. Yang kelakarnya, apabila upacara majlis bermula, dari awal sampailah akhir, kesemua perbentangannya dalam bahasa inggeris. Kesemua soal jawab pun dalam bahasa penjajah. Maka makin besarlah ujian yang harus aku lalui….
*Majlis itu berakhir pada jam 5.30 ptg. Waktu makan petang aku sempat mendengar seorang ahli JIM sedang bercakap dengan salah seorang peserta cina. Aku tertarik dan mencuri dengar dari apa yang dibincangkan. Oleh kerana kesemua perbincangan itu dalam bahasa inggeris, tidak kesemua yang aku fahami. Tetapi secara keseluruhan yang aku fahami adalah orang JIM itu menerangkan kepada org cina itu, apakah Islam itu yang sebenarnya.
*Cara penerangannya itu hampir-hampir membuatkan cina itu ingin masuk Islam. Dari segi dakwah, kumpulan kumpulan ini sememangnya bagus. Akan tetapi mereka tiada campur tangan dalam isu-isu politik dan juga kenegaraan. Itu yang menjadi masalahya. Dan yang menjadi masalah orang kita pula, apabila dengar JIM atau ABIM, masing-masing menunjukkan reaksi negetif. Tidak mahu mengetahui apakah yang dibawa oleh mereka ini. Memang ada juga yang negetifnya, tetapi yang positifnya boleh diguna pakai jugak oleh pendakwah seperti kita. Memang tidak dinafikan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Dan adakah mereka-mereka ini dikategorikan dalam golongan sekuler.??? Tepuk dada tanya iman….
*Tepat jam 7 malam setelah selesai solat magrib, Kak Azian, Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, salah seorang urusetia yang aku kenali dalam majlis itu, mempelawa aku pulang bersama dia dan Suaminya. Selamatlah aku daripada teksi, bas, LRT dan juga komuter….
*Apa yang aku dapat pada hari itu akan di prisentkan pada 28 januari ini. Moga moga aku tergolong dikalangan orang yang Berjaya….
Tiap Kali Kuliah Bermula:)
19.42* Tiap kali kuliah bermula, prof. sering meminta pendapat student berkenaan dengan isu yang heboh didemontrasikan sekarang. Aku adalah antara student yang tidak bersuara memberikan pendapat kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang lantang bersuara. Kerana, bagi aku isu ini sepatutnya tidak dijadikan isu kerana pengunaan nama Allah sudah lama diamalkan oleh masyarakat non Muslim. Satu lagi aku tidaklah terlalu arif berkenaan dengan Ilmu Perbandingan Agama, cumanya sewaktu di Indonesia dulu aku pernah berkawan dengan student dari jurusan itu dan pernah juga mengikuti seminar perdebatan antara Islam dan Kristen.
* Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.
* Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)
* Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.
** Kesimpulannya, bersandarkan pendapat Ayah Cik dan Tok Guru, saya berpendapat kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.
**Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama. Kesannya daripada isu ini yang tidak ditangani oleh kerajaan secara bijaksana menyebabkan Negara menjadi huru-hara disebabkan isu-isu yang berlaku baru-baru ini. Tok Guru mendakwa kejadian serangan membakar gereja berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
Sekadar pandangan. Wallahua’alam.