Dah lama aku x usik blog ni, kadang-kadang x sempat, terkejar sane, terkejar sini. Tapi bukan main kejar-kejar. Tapi mengejar waktu yang sentiasa melarikan dirinya daripada aku. Niatku ikhlas Cuma ingin memintasnya walaupun sekali, tapi apakan daya, waktu begitu sombong dan pantas meninggalkan aku menuju ke hari yang paling akhir dalam kehidupan makhluk Allah di dunia ini. Adakah waktu yang bersalah atau akukah yang terleka hanyut dalam fatamorgana diniawi. Andai manusia tanpa akal tiada beza dengan haiwan,tapi andai manusia dengan akal tapi tidak menggunakanya dengan selayaknya pasti lebih tercela dari haiwan..emm..ramadhan telah lama berlalu,syawal pun dah lama pergi..yang pasti kuliah telah lama bermula..sengaja aku mencari2 sesuatu yang boleh memotivasikan diri yang leka diulit kuliah yang panjang ni, satu perkara yang sering buat aku bersemangat bila teringat pesan abah: " ingatlah semua yang kita buat tak kira besar atau kecil jika matlamatnya untuk Islam pasti diangkat oleh Allah menjadi saham yang akan menyelamatkan kita diakhirat kelak..tuhan tidak akan bertanya adakah kamu telah sempurna mendaulatkan Islam di dunia akan tetapi pernah atau tidak kamu mencurah keringat untuk mendaulatkan Islam semasa hayatmu..seperti kisah burung pipit yang berulang alik mengangkut air dalam paruhnya untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim dalam api yang marak takkala dipersendakan oleh haiwan lain kerana apalah kesannya setakat air yang beberapa titik yang dicurah oleh sang pipit..namun jawabnya padam atau tidak api ini bukan urusan aku akan tetapi aku takut takkala mengadap Allah s.w.t aku tak mampu menjawab apakah yang telah aku buat untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s.."
kuliah hampir menutup tabirnya bersama semilir angin musim panas yang semakin menyengat kepala.. waktu juga semakin pantas seperti halnya musim sejuk bila siang hari amat pendek manakala dimalam hari pula menjadi panjang. Teringat celoteh teman-teman di bumi anbiya " musim sejuk ni tidur la paling best,sebab tido mlm ngan leha,mandi plak ngan sakinah.." tak faham aku..rupa2nya tidur malam berselimutkan leha' (soratoga,selimut tebal musim sejuk) pastu mandi memang ngan sakinah (sakhonah:dapur khas untuk panaskan air)..ceh buat suspen jeh. Satu perkara yang ketara bila nak beralih musim ni..serangan2 lalat tidak lagi berlaku n lalat jadi pasif, kalau memula dulu tak leh nak duduk diam memang lalat ni suka berkerumun manusia tak kira masa,memang serabut tak senang duduk..tak kira individu tu mandi atau tidak kerana sasaran lalat ni tak mengenal darjat apatah lagi keturunan..teringat kata2 ustaz Kamarulzaman yang secara berseloroh takkala menjawab soalan kami sewaktu di KUDQI dulu, “tempat manakah yang lebih best sambung belajar kat mesir atau indon terus beliau menjawab "kalu gi mesir best tapi tak tahan ngan lalat..indon plak tak tahan ngan nyamuk.." sememangnya gurauan tu ada benarnya..
Alhamdulillah sekarang aku telah menyelesaikan pengajianku di Indonesia dan sekarang sedang bertarung emosi di UKM pula. Memang ada hikmahnya Allah mentakdirkan aku ke Indonesia dan bukannya ke Mesir satu tika dahulu. Walaupun dihati dan perasaan ini sentiasa terdetik mahu melangkah terbang ke Mesir walaupun hanya sebagai pelancong sementara. Mmm……. Tak mengapalah, mungkin lain kali, tibalah masanya…
Pasal lalat tadi….sememangnya sekarang aku dikerumuni lalat2 dari CafĂ© Pusanika UKM..Memang sapa2 pun akan menyampah serta macam2 kata yang #@^&%_+$#@! kesat keluar tapi bukannya lalat tu faham..dalam tak sedar aku seakan nak menyalahkan kejadian tuhan, bila duk pikir balik kenapa sampai setara tu?..bukan kah semua kejadian tuhan ada hikmahnya? semuanya berzikir kpd Allah s.w.t ..itulah perspektif berfikir kita yang terpesong, syukurlah kerana tuhan cipta lalat kecik je kalau besar ayam sekor2 huru hara lah gamaknya..apa pun semuanya mengingatkan aku pada hadis nabi s.a.w
"orang yang beriman melihat dosanya seumpama gunung yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya seumpama lalat yang hinggap di hidungnya apabila dia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari..
Tanpa disedari tuhan hendak mengingatkan hambanya yang leka diciptakan lalat mendampinginya agar segera tersedar,betapa tuhan itu sentiasa menanti2 lafaz taubat dari hambanya dari segala dosa..namun bagi yang tidak mahu mengerti semua sudah menjadi kebiasaan tiada apa yang hendak difikirkan..alangkah ruginya!..
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:
”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.
Moga-moga Allah sentisa memelihara aku dari segala macam ujian di UKM ni. Sememangnya aku suka melihat dan terpesona dengan muslimah-muslimah dari fakulti aku, tetapi ketepersonaan aku itu kerana dia seorang muslimah yang menjaga adab serta kesopanan wanita Islam. Yang sentiasa memiliki ciri-ciri kewanitaan dalam keislaman. Walaumacammanapun hatiku Cuma pada yang satu
Posting Komentar