POLIS&FRU VS MAHASISWA



* Manakala pada 29 Januari semalam, kenapalah aku tersangat-sangat ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM. Tepat jam 12 tghri aku menaiki bas mini menuju ke UKM. Rupa-rupanya ada satu peristiwa yang enak untuk dikongsi walaupun aku bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Tapi cukup memalukan kerana kisah ini merupakan satu kejadian yang bukan tarafnya Polis Ataupun FRU melawan mahasiswa yang berumur hanya belasan tahun.

* Selepas selesai solat Jumaat di Masjid UKM, dua mahasiswa UKM ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti itu.Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang.


* Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan. Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

* Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu, bermula jam 2.30 petang kemarin, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti. Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat. "Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza,"

* Kira-kira 30 polis dan FRU mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi. Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi.



* Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

***Kalau di alam university mereka telah di ajar dengan cara yang sekotor itu, apatah lagi bila di dunia reality. Kerana kalau dibicarakan dari segi undang-udang dan peraturan UKM, pihak polis dan FRU tiada kuasa apabila berada didalam kawasan Universiti. Apatah lagi bersikap kasar kepada mahasiswa. Kerana itulah pimpinan kita mengatakan Malaysia bukan lagi sebuah Negara yang aman untuk didiami. Cara untuk membetulkan system pemerintahan Negara adalah dengan menukar sepenuhnya undang2 serta perlembagaan Negara dengan cara menukar kerajaan melalui pilihanraya yang bersih….

****TEPUK DADA TANYA IMAN
0 ulasan:
/

sahabat