ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA…
· Walaupun isu ini sudah berlalu 42 jam yang lalu dan barulah sekarang minda ini berkesempatan untuk menari-nari di alam maya ini. Moga-moga ianya memberi satu lagi kesedaran dalam diri sahabat-sahabat kita disamping kesedaran-kesedaran yang telah lalu. Nak dijadikan ceritanya lagi, pada 27 januari yang lalu setelah selesai kuliah pada jam 2 ptg, aku bersama seorang sahabat bergegas ke Universiti Putra Malaysia kerana ingin bertemu dengan pensyarah di sana. Tujuannya adalah untuk membicarakan 2, 3 perkara yang dirasakan perlu. Yang mana beliau menawarkan kepada kami untuk menjadi Research Asisten (RA) bagi satu kajian di sekitar Lembah Klang. Setelah selesai segala perbincangan kami di hantar oleh pensyarah tersebut dan dalam perjalanan pulang menuju ke komuter berdekatan. Dia menceritakan kepada kami berkenaan peristiwa yang baru sahaja berlaku pagi tadi iaitu berkenaan dengan kepala babi.
· Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat termasuklah pemandu teksi. Kerana sewaktu dalam perjalan pulang sesampai sahaja di komuter Bangi, kami menaiki teksi dan sempat bertukar pandangan dengan pemandu teksi tersebut, antaranya selain kejadian kepala babi, dia mengatakan pemimpin melayu di Negara melayu langsung tidak boleh membela orang melayu. Satu persatu ditindas.
· Orang melayu sudah tidak punyai apa-apa lagi sekarang. Kalau orang India dan Cina mempunyai tulisan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi bagi bangsa Melayu telah dihapuskan oleh pemimpin Melayu sendiri. Yang tinggal untuk bangsa melayu hanyalah Keretapi Tanah Melayu sahaja. Dan isu itu pula merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.
· Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
1. Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
2. Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
3. Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama UMNO ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
4. Keempat, Ketua Polis Negara Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja - tidak orang biasa - yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
** WAHAI SAHABAT SAHABAT... BANGKITLAH DARI LENAMU...
Posting Komentar