Ijtima' 2004

Assalamualaikum salam sejahtera....

Pada aidilfitri ke 7 yang lalu kami dari alumni DQ 2004 dengan Alhamdulillahnya selamat mengadakan majlis Liqa Aidilfitri yang pertama. Semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Kehadiran pun memuaskan melebihi jangkaan. Pada awalnya kami mengjangkakan keharidan di pihak muslimin hanyalah seramai 15 orang sahaja kerana masih ramai lagi yang belum menamatkan pengajian di Timur Tengah. Dan yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang telah selamat menamatkan pengajian dan segilintir dikalangan mereka yang berhenti dari Darul Quran dalam peringkat i'dadie.

Perjuampaan kali pertama ini kami tidaklah mengharapkan kehadiran yang terlalu ramai. Tapi alhamdulillah kehadiran memuaskan. Perjuampaan ini bertujuan untuk mengumpulkan kembali serta mengeratkan lagi tali persaudaraan dikalangan kami. Teramat rugilah sekiranya ada dikalangan kita yang membiarkan sahabat-sahabat seperjuangan kita hilang begitu sahaja. Dan insyaAllah pada pertemuan yang akan datang kerjasama dikalangan sahabat sahabat lebih lebih lagi memuaskan. Kami juga mengharapkan alumni darul quran yang lain dapat mencari kembali sahabat sahabat bekasan, lepasan darul quran yang lain.mungkin satu keajaiban akan berlaku....

dan dijemput beramai-ramai memeriahkan Ijtima' Tarbayi yang bertempat di rusila pada 1-3 Okt. Ini..........................wassalam....

0 ulasan:
/

sahabat