Adioss....

Sementara menunggu flight ke Jakarta sambil untuk menghilangkan kebosanan sempat lagi jemari ini menari di ruangan yang sudah usang ini, sempat saya membelek helaian demi helaian akhbar Sinar Harian dan pengamatan saya terpaku pada satu berita mengenai Demontrasi jalanan lantas teringat memori silam dahulu…

Pulang dari demontrasi anti Yahudi, seorang pakcik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

puas hati, kami dah bakar bendera Israil. Hancur luluh dibuatnya. Gambar perdana menteri Israil pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangkakan banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu depan. Awak jangan lepaskan peluang.”

Saya Cuma mengangguk. Mungkin kerana demam, saya banyak membisu. Lagipun sata telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

Eh, awak tidak ada respon langsung. Baru demam sikit… Janganlah begitu. Rakyat Palestin di bom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, ”saya sokong tindakan pakcik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

Bagus, suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ni.”

Kenapa pakcik?”

Rokok din, semuanya pasal rokok ni.”

pakcik hisap rokok apa?”
saya mula teruja untuk berbual.

Masih winston. Dah sebati sejak dulu.”

Winston from Amarika pakcik” bisik saya perlahan. Kali ini pakcik tu pula mengangguk-angguk.

sakit-sakit pun masuh kuat lagi berdemontrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

ada langkah yang lebih utama dan pertama daripa itu.” tegas saya.

apa dia.”

solat subuh berjemaah.”

kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.”

Jihad dan ibadah tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

kita mesti sanggup memikul senjata.”

betul. Tetapi kuakkan dulu selimut yang menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

saya tak faham.”

pakcik, Israil mesti ditentang mengikut kaedah yang menyakitkan mereka.” ”apa yang menyakitkan mereka?”

mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat Subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

jadi?”

sebaik-baik demonstrasi adalah didik umat ini menunaikan solat Subuh secara berjemaah di surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat sejarah Badar, atau Khandak, bagaimana Rasulullah s.a.w. dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amarika dan sekutunya Yahudi, itu yang lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah bejuta-juta ringgit. Dan dengan wang yang yang terkumpul itu kita boleh hantar banyak lagi misi bantuan kemusian ke gaza!”

Awak sindir saya?”

Pakcik, saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam termasuk kita, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi tidak pada tindakan. Selama ini kita berdemontrasi membantah mereka secara di jalanan, apa kata sekarang ini kita mendemontrasikan diri kita untuk memboikot segala macam perkara yang berkaitan demnagn Amarika dan Yahudi. Kerana, dalam tak sdar kita sebenarnya telah dikawal oleh mereka dari segi tingkah laku dan pemikiran. Tiap-tiap hari ada saja perkara yang kita lakukan, seolah olah menyokong mereka tetapi kita tidak sedar. Takpelah pakcik, tepuk dada tanya iman”

Kami diam membisu tanpa sebarang kata, mungkin kata-kataku benar dari pandangan pakcik tetapi oleh kerana sedikit kedegilan pakcik cuma mengangguk sahaja...

Tiba-tiba….ding dong... penerbangan AK5381 dusah pun tiba. Maka,,akan bermula kembali kehidupan sementaraku di bumi Jakarta…. Adioss..


0 ulasan:
/

sahabat