Tan Sri S.O.K


*Pada 20 Januari 2009: Veteran Kongres India Malaysia (MIC) ahli politik Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha meninggal di rumahnya di Bukit Pantai Petalin Jaya pada hari Selasa. Ubaidulla, yang berada di tahun 90-an, adalah bekas pengerusi Yayasan Ubadi dan merupakan ahli pengasas MIC pada tahun 1946. Dia adalah mantan ketua kekal MIC, seorang senator dan juga timbalan presiden Dewan Negara, The Star.
Ubaidulla menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1989, dan juga dengan pembentukan Associated Indian Chambers of Commerce dan juga presiden pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada tahun 1961. Samy Vellu berkata Ubaidulla telah mengabdikan diri kepada masyarakat dan membantu membawa kemajuan.
*Pada 21 Januari 2010 yang lalu, dalam kuliah Organisasi Dakwah yang di kelolai oleh Pfor. Madya Dr.*** , aku telah diberikan satu tugasan yang begitu memeningkan kepala. Mana tidaknya, kalau sahabat-sahabat yang lain diberikan tugasan secara berpasangan, tetapi aku pula diberikan secara individu. Dan tugasan yang diberikan itu membuatkan aku terpaksa pergi ke IAIS yang bertempat di Mahsa College yang berhampiran dengan Universiti Malaya. Nak dijadikan pengalaman, pada 23 Jan sabtu jam 10 pg aku pun bertolak dengan menaiki komuter yang tidak beraircond menuju ke KL Sentrel, dari KL Sentrel terus naik PUTRA LRT ke Taman Universiti, sesampai di Taman Universiti, aku menaiki bas menuju ke UM, sampai ke UM, aku fikir itu sudah menjadi final destination, tetapi tidak. Setelah selesai menunaikan solat zohor, aku menaiki teksi menuju ke International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Dan program bermula pada jam 2 ptg. Alhamdulillah, hasil usaha rajin bertanya jalan kepada setiap manusia yang aku jumpai, akhirnya aku telah sampai ke destinasi yang dituju walaupun itu kali pertama aku ke sana. Majlis pada hari itu hanyalah untuk memperingati Tan Sri S.O.K Ubaidulla. Dan kebanyakan yang hadir adalah dari golongan Dato’ Sri, Datin Sri, Prof. Madya, Syed, Syarifah dan golongan-glongan yang berpangkat. Dan di antara ahli panel yang hadir adalah Rektor UIA Tan Sri Muhammad Kamal Hasan.
*Tugasan yang diberikan kepada aku adalah Ketokohan dan Pemikiran S.O.K Ubaidulla. Yang kelakarnya, apabila upacara majlis bermula, dari awal sampailah akhir, kesemua perbentangannya dalam bahasa inggeris. Kesemua soal jawab pun dalam bahasa penjajah. Maka makin besarlah ujian yang harus aku lalui….
*Majlis itu berakhir pada jam 5.30 ptg. Waktu makan petang aku sempat mendengar seorang ahli JIM sedang bercakap dengan salah seorang peserta cina. Aku tertarik dan mencuri dengar dari apa yang dibincangkan. Oleh kerana kesemua perbincangan itu dalam bahasa inggeris, tidak kesemua yang aku fahami. Tetapi secara keseluruhan yang aku fahami adalah orang JIM itu menerangkan kepada org cina itu, apakah Islam itu yang sebenarnya.
*Cara penerangannya itu hampir-hampir membuatkan cina itu ingin masuk Islam. Dari segi dakwah, kumpulan kumpulan ini sememangnya bagus. Akan tetapi mereka tiada campur tangan dalam isu-isu politik dan juga kenegaraan. Itu yang menjadi masalahya. Dan yang menjadi masalah orang kita pula, apabila dengar JIM atau ABIM, masing-masing menunjukkan reaksi negetif. Tidak mahu mengetahui apakah yang dibawa oleh mereka ini. Memang ada juga yang negetifnya, tetapi yang positifnya boleh diguna pakai jugak oleh pendakwah seperti kita. Memang tidak dinafikan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Dan adakah mereka-mereka ini dikategorikan dalam golongan sekuler.??? Tepuk dada tanya iman….
*Tepat jam 7 malam setelah selesai solat magrib, Kak Azian, Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, salah seorang urusetia yang aku kenali dalam majlis itu, mempelawa aku pulang bersama dia dan Suaminya. Selamatlah aku daripada teksi, bas, LRT dan juga komuter….
*Apa yang aku dapat pada hari itu akan di prisentkan pada 28 januari ini. Moga moga aku tergolong dikalangan orang yang Berjaya….
0 ulasan:
/

sahabat