( KL JADI TUMPUAN )


· KUALA TERENGGANU- Acara tahunan PAS Terengganu pada kali ini telah memilih kawasan Dato' Pesuruhjaya PAS iaitu Dato' Tuan Guru Haji Harun Bin Taib. Kehadiran dijangka hampir 5000 peserta ini amat penting dalam membentuk acuan kemenangan sempena PRU ke 13 akan datang. Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan mengadakan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri 2009 pada 16 - 17 Oktober 2009. Program tahunan itu asalnya akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) di Kuala Berang terpaksa dipindah ke Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu.

· BPPNT telah membuat permohonan rasmi kepada pihak MDHT melalui surat pada 9 Ogos lalu, tetapi sehingga saat ini belum mendapat apa-apa jawapan rasmi. Maklumat secara lisan mendapati permohonan itu tidak dapat diluluskan. Menurut Pengarah Ijtima', Ustaz Saiful Bahri Mamat, program akan bermula dengan solat Maghrib dan kuliah Maghrib di beberapa buah masjid dan surau di sekitar DUN Manir dan DUN berhampiran dalam kawasan Hulu Terengganu.

· Ustaz Saiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri menambah, pada malamnya satu ceramah perdana pelancaran ijtima' akan diadakan di Pekan Manir yang membariskan penceramah yang terdiri daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Al-Mursyidul-Am PAS), Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dato' Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Dato' Tuan Guru Harun Taib (Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu).

· Pada kesesokan harinya, tambah beliau lagi, majlis bermula seawal jam 9 pagi dengan upacara perasmian yang melibatkan pemeriksaan perbarisan, pertunjukan silat dan ucaptama oleh Presiden PAS. "Sempena ijtima' ini, kita membuka peluang kepada sesiapa yang berhajat untuk menyertai skim aqiqah bagi penyediaan jamuan kepada para peserta dengan kadar harga RM350 sebahagian," kata Ustaz Saiful lagi.

· Katanya, sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Ustaz Kamarudin Yunus melalui talian 019-9144610. Selain itu, lot-lot bagi gerai jualan juga disediakan bagi para peniaga. Hubungan boleh dibuat dengan Rozali Mamat di talian 013-9322968. Sepanjang ijtima' itu juga diadakan pameran PAS Negeri Terengganu dan tayangan multimedia.

· Tidak dilupakan tenaga-tenaga muda yang bertungkus lumus menjayakan perhimpunan yang amat bermakan ini. Dikesempatan yang ada ini mahasiswa KUDQI tidak ketinggalan membuka gerai jualan untuk mencari sedikit sebanyak dana bagi tabung persatuan. Tahniah kepada tunas tunas muda yang sudah pandai berdikari dan Insya’Allah satu masa nanti bakal menggantikan pucuk pimpinan parti… Allahhuakbarrr…

-SELAMAT BERIJTIMA’-

0 ulasan:
/

sahabat