KEMENANGAN UMNO KEKALAHAN BN


· Pengalaman saya menyertai pilihanraya kecil Bagan Pinang yang lalu, saya menyaksikan sebuah pilihanraya yang paling kotor dan cemar . Ianya dikotori oleh aksi ganas dan dicemari oleh provokasi yang melampau .

· Saya biasa mendengar cerita orang - orang veteran parti bagaimana pergaduhan sering tercetus antara PAS dan UMNO apabila melibatkan musim pilihanraya . Namun ianya tidaklah menghairankan saya kerana pendidikan politik pada waktu itu tidaklah seperti hari ini .

· Sungguh menyedihkan apabila university tumbuh seperti cendawan selepas hujan , graduan pula merata di seluruh negara dan negara telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad tetapi tahap berpolitik masih ditakuk lama iaitu menggunakan hujjah kekuatan bukan kekuatan hujjah .

· Mengelak diri dari terpengaruh dengan provokasi musuh adalah jauh lebih sukar dari menahan diri agar tidak mencetus provokasi . Maka inilah antara yang perlu PAS beri tumpuan . Biarpun berbuih mulut pimpinan PAS memberi nasihat kepada ahli agar jangan terpengaruh dengan provokasi UMNO dan BN , ternyata masih ramai ahli yang sukar mengawal perasaan dan keadaan lalu bertindak balas dan mencetus insiden yang tidak diingini .

· Terutama apabila berdepan dengan provokasi melampau dari UMNO dan BN . Hati menjadi panas , jiwa tersinggung , mulut menjawab akhirnya tangan dan kaki bertindak . Tidak mudah untuk bertahan dan bersabar berdepan maki hamun dan balingan batu yang mencederakan .

· Pun begitu saya masih mengkagumi sebahagian besar ahli PAS yang mampu mematuhi arahan pimpinan agar segera meredakan ketegangan tatkala ia tercetus . Jelas terbayang di wajah mereka kesukaran menahan rasa , namun mereka berundur apabila di arah berundur , yang saya kira mereka ini jugalah orang yang sanggup mara apabila di suruh mara ke hadapan .

· Kemenangan tetap dicari dalam setiap piliharaya yang disertai demi melestarikan intipati perjuangan PAS dan mendaulatkannya , namun untuk menang bukan bermakna kita mesti memudarkan cahaya perjuangan Islam yang didokong dan tidak mengapa kalah asalkan PAS masih memelihara ketulenan perjuangannya . Sekali lagi saya tegaskan , PAS mesti berada di atas manhaj perjuangan Islam yang tulen dan mesti dilihat tulen dalam pengambilan manhajnya .

0 ulasan:
/

sahabat