Kembali Berjihad di Semester Dua


Alhamdulillah, kuliah sudah pun bermula. Usai imtihan lalu, pelbagai perancangan dan aktiviti peribadi yang telah direncanakan banyak tidak menjadi. Apa sebabnya? Muhasabahlah semula… Malas? Tidak bersemangat? Omong-omong kosong sahaja? Walau apapun, itulah tanda-tanda futur kecil (minta dijauhi). Insya-Allah, dengan berbekalkan semangat yang ada ini, akan cuba digagahi. Sebenarnya, tidak memadai dengan semangat sahaja. Tetapi, biarlah semangat itu didampingi dengan ilmu dan disiplin. Namun, sejauh manakah ilmu dan disiplin itu kita hendak praktikkan. Terlalu subjektif untuk membicarakan dan mengungkapkan persoalan tersebut. Apa yang paling penting sekali, carilah dan tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Bukan mudah hendak menuntut ilmu, perlunya buang sifat malas di dalam diri, hendaklah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan jauhilah diri daripada belenggu maksiat. Selain itu, istiqamah dalam menuntut ilmu sangatlah penting tanpanya kita tidak mampu menghadapi ujian dari Allah swt. Dalam erti kata yang lain, jika hendak menuntut ilmu ini mestilah bersedia melakukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan dalam setiap sudut. Samada pengorbanan dari dalaman mahupun luaran. Dan seterusnya, pengorbanan yang dilakukan akan menuntut kepada kemenangan.

Pada tanggal 5 febuari 2009 yang lalu, ramai sahabat-sahabatku yang pulang ke tanah air, cuma tinggal segelintir sahaja yang masih setia dengan tanah Ciputat di bumi Jakarta termasuklah aku. Gelodak jiwa sememangnya mahu bertemu dengan keluarga tersayang yang telah lama terpisah, tapi apakan daya, aku bukanlah dari kalangan orang berada yang pulang ke Malaysia sekadar untuk merasa ikan singgan dan budu cencaluk sahaja. Jadi…berkat kesabaran yang menebal masih lagi aku bertahan di Indonesia. Teringat pesan seseorang, “buatlah sesuatu dengan matlamat yang bukan sekadar tujuan semata” aku masih lagi belum mengerti sepenuhnya maksud disebalik makna kata-kata tersebut. Tapi apa yang aku lakukan selama ini bukannya sia-sia, hinggalah terhasilnya proposal yang berjudul (1) Sekularisme Dalam Masyarakat Malaysia Menurut Pandangan Al-Quran ( Telaah Surat Adz-Dzariat Ayat 51-56 ) ke (2) Jihad (Telaah Surat Al-Baqarah Ayat 190-195 dalam Tafsir Fi Zhilalul Quran) dan ke (3) Jihad Dalam Al-Quran Menurut Perspektif Abdul Hadi Awang. Bila di pertimbangkan ketiga-tiga proposal ini cuma satu sahaja yang harus aku pilih. Setelah selesai perbincangan dengan Dosen Fakultas proposal yang pertama itu kurang sesuai kerana ia lebih menjurus kepada jurusan Aliran Pemikiran. Dosen menyarankan, judul itu bisa dibuat jika sekiranya aku sekarang dalam proses pembikinan Master (S2). Tapi itu semua tidak menjadi penghalang bagi aku meneruskan skripsiku ini. Jadi aku memilih tajuk yang ketiga kerana berkaitan dengan Malaysia kerana begitu jarang mahasiswa yang membuat kajian berkenaan dengan sosok mufasir dari Malaysia. Tapi dalam pembikinan skripsi ini, aku tidak lari dari memasukkan berkenaan dengan sekularisma, libralisma, pluralisma serta berkait juga dengan oreantalisme.
Dipendekkan cerita, proposal aku diterima setelah selama seminggu menanti dan itu satu perkara yang mengembirakanku kerana abang-abang senior ada berpesan, penerimaan proposal begitu sulit kerana perlu ada persidangan dikalangan dosen dan kemungkinan akan ditolak, tapi berkat doa, usaha dan tawakkal, aku berjaya. Yang sedikit menyedihkan aku pula, dosen pembimbing yang aku dapat itu adalah dari kalangan mereka-mereka yang oreantalis. Fuh….bisa gawat nih…. Tapi akanku jadikan ini semua sebagai jihad dalam aku menyiapkan skripsi, kerana aku percaya dan yakin Allah bersama-sama orang yang benar dan bersungguh-sungguh dalam agamaNya.



Dulu, pertama kali aku menjejakkan kaki ke Indonesia, segala macam perasaan berkecamuk dalam diri. Kerana aku tahu Indonesia adalah negara sekular, negara Islam liberal yang telah lebuk diserang bermacam-macam jenis serangan oreantalis. Sewaktu belajar di KUDQI, aku pernah belajar berkenaan dengan semua ini. Semuanya teori. Tapi, apabila hidup dalam suasana Indonesia, aku dapat rasakan apa yang aku belajar dulu. Dan sekarang aku hidup dalam suasana praktikal keimanan. Masih terbayang di benakku, sewaktu dalam tamrin di Lata Belatan, Setiu Terengganu, Malaysia, Al Fadhil ustaz Nik Mohd Noor mengajukan satu soalan kepadaku sewaktu dalam perjalanan jungel traking check poin ke 5 “bagaimanakah kita hendak tahu tahap keimanan kita?” berbagai ragam jawapan yang keluar dari mulut sahabat-sahabatku, tetapi yang menarik perhatianku adalah satu jawapan dari sahabatku yang InsyaAllah satu masa nanti dia bersama barisan kepimpinan Ulama’ memperjuangakan Islam di Malaysia, dia berkata, “saya akan masuk ke disko-disko ataupun berjalan melewati sarang-sarang pelacuran sehingga saya berjaya sampai ke check point yang terakhir dengan tiada calar sedikitpun”. Dan itulah yang aku hadapi sekarang di Indonesia yang mana aku baru sahaja melepasi checkpoint yang kedua dengan berbagai macam ujian. Berbagai ragam mehnah tribulasi berdepan dengan kelompok oreantalis. Sebagaimana yang diketahui umun, oreantalis mendalami Islam kerana untuk merosakkan Islam dan sebagaimana aku pula yang berkata, aku belajar fahaman oreantalis kerana untuk melawan idealogi mereka dan juga untuk menyelamatkan Islam. Innallaha ma’ana..

Ok….berbalik pada skripsi aku tadi….mmmm….dimana ya….oooo...setelah proposalku diterima, aku mendapat lesen untuk meneruskan penulisanku untuk bab yang seterusnya dan ia memerlukan kepada bahan-bahan rujukan yang banyak. Oleh kerana judul skripsi aku berkenaan dengan Malaysia, teramat susah dan sulit untuk aku menemui bahan-bahan itu di Indonesia. Dan, setelah diteliti kesemuanya dengan detail, last-last minit aku membuat keputusan di pejabat Air Asia dengan membooking tiket penerbangan QZ 7600 Jakarta-Kuala Lumpur jam 6.00 a.m pada 23 febuari 2009 dan tiba di Kuala Lumpur jam 10.00 a.m. bila tiba di KL barulah aku mengkhabarkan berita ini kepada keluargaku. Jadi, perjalanan hidupku yang pertama di terminal LCCT KL adalah menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tujuan untuk mencari bahan rujukan tersebut. Oleh kerana aku berkeseorangan dan kali pertama pulang pada saat itu, aku perlu menyusun jadual perjalanaku dengan sebaik mungkin kerana aku tidak mempunyai banyak masa kerana kata guruku, “perkara yang dilakukan pada saat-saat akhir kadang-kadang membuahkan hasil yang menyedihkan”. Oleh kerana aku telah dilatih oleh senior-senior sewaktu keberadaanku di KUDQI dulu dengan latihan “pengurusan masa dalam setahun, hanya satu hari sahaja boleh melaluinya” melebihi jiwa seorang komando berpangkat rambo, jadi semua ini aku dapat lalui dengan pertolongan dari Yang Maha Esa.

Waktu tiba di UKM, kakiku laju menuju ke pustaka Tun Seri Lanang untuk mencari matlamatku sewaktu di Indonesia lagi iaitu mendapatkan kesemua tafsir karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan setelah selesai aku menempah tiket bas menuju ke Terengganu jam 11.00 p.m. hala tuju ku yang seterusnya adalah sekitar Masjid Jami’ dan Masjid India untuk mencari buku-buku karangan dua tokoh yang paling kuminati iaitu Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang(Ayah Cik) dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat(Tok Guru). Begitu sulit untuk mendapatkan hasil karangan kedua tokoh ulama ini kerana bagi Pimpinan Pemerintah di Malaysia, kedua mereka ini adalah pembangkang kerajaan. Kerana itulah aku terpaksa mendapatkannya di KL dan Alhamdulillah hampir kesemuanya ku temui, hasil usahaku tidak sia-sia walaupun ia memakan belanja sebesar Rm300.00 untuk hasil karangan kedua tokoh ini.

Masa menunjukkan waktu sore hampir habis dan aku perlu bergegas ke hentian bas Batu Caves dengan membawa 2 bagasi seberat satu guni beras 50 kilo ditambahi pula dengan berjilid-jilid buku yang baru kubeli tadi. Inilah akibatnya pulang bersendirian, kononya mahu cipta pengalaman baru. Diringkaskan cerita, setibanya di Dungun jam 4.00 pagi, syukur kehadrat ilahi kerana aku dikeluarkan dari peti ais kerana aircond bas begitu dahsyat. Sesampainya di rumah, azan subuh Malaysia pertama yang ku dengar di kampung Felda Rasau. Ibuku tersenyum manis memandangku mungkin kerana aku semakin kurus ataupun semakin ganteng. Adik-adikku bersiap-siap untuk solat subuh dalam keadaan terpaku melihat kelibatku di ruang tamu, mungkin dibenaknya ini mimpi atau realiti dalam fantasi, aku tersenyum sambil menghulurkan tangan berjabat mesra. Setelah selesai solat subuh, Cuma satu di benakku, iaitu melenakan diri di katil usangku. Akan tetapi hajatku tidak kesampaian kerana my lovely mother menjadikanku sebagai drivernye pada hari itu menuju ke segenap pelusuk Negeri Terengganu. Sekembalinya aku ke rumah pada waktu malam. Aku melelapkan mata, pejam celi pejam celik, pejam terus susah nak celik. Aku sedar kembali bila berada berhadapan dengan doktor yang memeriksaku, lalu aku dibagi ubat deman dan ubat-ubatan yang lain. Rupa-rupanya aku diserang perubahan cuaca.mmmmm…..

Pernah seorang insan berpesan kepada aku sebelum pulang ke Malaysia, ujarnya selain mencari ilmu ataupun bertalaqqi dengan mana-mana guru, hendaklah memperbanyakkan membaca kitab-kitab bagi menambahkan thaqafah dan pengetahuan. Memang benar sekali, aku melihat dengan pembacaan juga akan menambahkan ilmu dan pengetahuan kita selain daripada kita berguru. Alaâ Kulli hal, apabila kita berguru, akan menambahkan lagi keberkatan dalam pencarian ilmu. Lebih-lebih lagi, guru tersebut merupakan seorang yang benar-benar murabbi. Indah sungguh. Tuntutlah ilmu selagi kudrat dikandung badan. Namun, diri ini masih lagi banyak kekurangannya. Walaubagai manapun, apa yang aku dapat kongsikan disini kita mestilah bersedia menghadapi berbagai cabaran yang akan datang. Zaman ini, bukan zaman termenung dan bukan zaman hendak terasa dan merajuk. Biarlah orang hendak kata apapun, yang penting sekali persediaan dan persiapan kita menghadapi cabaran yang sangat hebat pada masa akan datang. Fitnah semakin berleluasa, sekiranya kita tidak mengambil peluang memperdalami ilmu agama maka fitnah tersebut akan terpalit pada golongan yang belajar agama.

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia selepas selama 5 bulan di bumi Jakarta, sebegitulah rasanya apabila aku selesai menamatkan pengajianku di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta nanti. Begitu besar tanggungjawab yang akan aku pikul, berdepan dengan masyarakat se-negara, masyarakat se-negeri serta masyarakat se-kampung. Keharusanku berdepan dengan masyarakat senegara sebagaimana yang disarankan kepadaku oleh Tuan guru Haji Harun bin Taib, beliau berkata “jangan sesekali pulang ke tanah air jika sekiranya tidak boleh merubah Negara”,,,fuh!!!! Memang dahsyat saranan yang diwajibkan kepadaku ini. Ayahku juga berpendapat sedemikian, masih ku ingat kata-kata keramat terakhir pada 2 september 2008 sebelum terbang ke Jakarta, “abah tak kisah balik nanti jagi apa pun, yang penting surau jangan tinggal, bawak masyarakat kampung…. Allah berfirman dalam Quran….wahai orang-orang yang beriman bukannya wahai orang-orang yang berilmu…” jadi….belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau tak beriman….
Aku percaya dan yakin, bukan mudah hendak jadi pendakwah. Setiap kalam yang diungkapkan oleh kita, Allah akan menguji kita. Allah akan melihat diri kita, samada kita mengamalkannya atau tidak, kita melakukannya atau tidak. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberikan kepada kita ilmu yang manfaat dan berguna. Aku paling respect orang yang menyeru orang lain dan dia juga mengamalkannya. Namun, aku masih jauh lagi untuk ketahap itu. Insya-Allah, kita akan berusaha kearah itu.
Jadi….pada tarikh 10 mac 2009 aku kembali lagi ke Jakarta, kali ini bersama dengan dua orang puteri UIN ex-KUDQI untuk meneruskan jihadku di bidang ilmu ini seterusnya meneruskan bab 2 dan seterusnya……….akan bersambung…..
Wallahu Taala Aâlam Bissowab.
0 ulasan:
/

sahabat