Stadium Korupsi Runtuhkan Rasuah.


Rabu, 3 jun 2009 yaitu hari ini, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.
Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).
Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.
Akan tetapi, sejarah rasuah Malaysia dari dulu hingga kini masih tidak berubah. Masalah ini tidak akan selesai kalau pihak atasan tidak disiasat terlebih dahulu. Daripada Ketua Menteri, Tim. Ketua Menteri, Exco2 Kerajaan dan yang sama waktu dengannya. Penulis tidaklah mahu mengulas dengan lebih panjang berkenaan dengan masalah ini. TEPUK DADA TANYA IMAN….
0 ulasan:
/

sahabat