Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55


Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 berlangsung minggu ini, di Stadium Malawati, Shah Alam. Muktamar kali ini adalah antara yang terbesar dan terpenting dalam sejarah politik PAS. Muktamar kali ini, bakal menentukan kepimpinan PAS masa hadapan di peringkat Pusat bagi sesi 2009-2011. Termasuk menetukan kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.Muktamar bermula hari ini dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar, manakala esok akan berlangsung Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor di Shah Alam dan Dewan Muslimat PAS di bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam.
PAS kali ini berada di posisi yang terbaik untuk mengorak langkah ke hadapan. PAS mempunyai elemen kepimpinan yang menepati cita rasa rakyat, iaitu pemimpin yang berilmu, komited, bersih, jujur serta amanah. Sejarah politik tanah air menunjukkan keampuhan kepimpinan dan dasar-dasar perjuangan PAS, bahawa sejak sebelum merdeka lagi PAS sudah berada di persada politik untuk memperjuangkan Islam, hak rakyat dan keadilan sejagat. Hari ini PAS bukan lagi dianggap sebagai parti Islam yang hanya memperjuangkan nasib orang Islam-Melayu sahaja. PAS bukan parti kampung, PAS bukan lagi parti untuk kelompok bangsa atau agama yang tertentu sahaja.
PAS kini mempunyai ribuan pendokong dan penyokong dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam yang menerima dasar-dasar serta perjuangan PAS di bawah kepimpinan ulama. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS, merupakan dua tokoh ulama yang disegani dan didukungi masyarakat berbilang kaum dalam negara.
Kami anak-anak Malaysia di Kota Jakarta tetap menyokong sepenuhnya perjuangan para Nabi yang diteruskan oleh kepimpinan Parti Islam se-Malaysia PAS. Hapuskanlah fahaman jahiliyyah, hapuskanlah fahaman kebangsaan. Teruskan berjuang dibawah naungan perjuangan parti Islam…. Takbirrr…
0 ulasan:
/

sahabat