Perjuangan Belum Berakhir


Alhamdulillah pada 24, 25, dan 29 Jun yang lalu aku telah selamat menjalani persidangan skripsi (syarat untuk memperolehi BA) dan hasilnya boleh dikatakan memuaskan. Terima kasih kepada teman-teman yang banyak menolong pada hari tersebut. Memang begitu banyak ujian dan cabaran serta jerih payah untuk mencapai matlamat yang kita tuju. Dalam waktu aku menyiapkan pengurusan untuk persidangan tersebut dengan skripsi aku yang berjudul “Jihad”, secara automatiknya pengaplikasian jihad tersebut terjadi dalam diri aku. Satu kepuasan yang nyali. Teringat aku kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu ceramahnya semperna pilihanya raya beberapa tahun yang lalu “kepuasan itu terjadi sewaktu menuju matlamat, tetapi bukannya matlamat itu yang memuaskan kita, matlamat itu merupakan tujuan, tapi cara dan kaedah itulah yang mematangkan kita” . setelah selesai persidangan tersebut yang mana team pengujiku terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang sangat digeruni oleh mahasiswa Usuluddin Tafsir Hadis yang mengangkat judul skripsi berkenaan dengan tafsir
Dipenddekkan cerita, pengujiku adalah Dr. Ahsin Mohammas Sakho MA, lepasan Universiti Arab Saudi (Rektor Institut Ilmu Al-Qur’an Jakarta), Dr. Mohammad Anwar Syarifuddin MA, lepasan Universiti Laeiden Belanda dan merupakan pensyarah yang pakar dalam bidang Metod Penelitian Tafsir Hadis dan juga Hermeneutika. Seterusnya pensyarah perempuan yaitu Ibu Dr. Ida Rosyidah MA pakar dalam bidang sosiologi kemasyarakatan, dan beberapa orang pensyarah yang lain tetapi pensyarah pembimbingku tidak meghadirkan diri mungkin kerana beliau menguzurkan diri beliau. Perjalan sidang berjalan lancar seperti yang aku bayangkan dan soalan-soalan yang telah kuduga ditanya oleh mereka. Ringkasnya pada hari pertama persidangan berjalan selama 1 jam 30 minit bersama dengan Bapak Anwar, hari kedua selama 1jam 50 minit bersama Bapak Ahsin. Masak aku dikerjakan oleh kedua penguji ini. Tapi, Alhamdulillah memuaskan. Seterusnya hari ketiga, keputusan diumumkan dan aku mendapat **% dengan gred *. Terima kasih Ya Rabb…
Pada hari yang seterusnya, aku bertemu dengan pembimbingku untuk mendapatkan tandatangan. Sememangnya dia senang dengan keberhasilanku menyiapkan kemahasiswaan aku dengannya tetapi mungkin dia tidak begitu senang selama membimbingku kerana tajuk penulisanku adalah “Jihad”. Dia seolah-olah fobia dengan perkataan ini dan aku mengerti selama mana aku dibawah binbingannya, dia memperlekeh-lekehkan hasil usahaku. Dia tidak memperlekeh-lekehkan aku tetapi dia memperlekeh-lekehkan perkataan dan maksud jihad tersebut. Semangnya aku akui dia seorang pensyarah yang bagus kerana fikirannya boleh merubah masyarakat tetapi kurniaan yang dianugerahkan oleh Allah itu disalahgunakan. Aku sememangnya akui dia telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang tidak sihat dan kesan dari semua ini aku merasa terpanggil untuk membahaskan satu lagi tajuk jihad tetapi dikaji dari pandangan yang lain pula. Semua ini kerana aku merasa peluang untuk berdebat dengan dia dan dalam masa yang sama untuk mendakwahi dia. Walaupun aku tahu dengan ilmu yang tidak seberapa ini manalah mungkin untuk mendakwahi orang seintelek dia yang berpangkat Doktor Falsafah. Tetapi Nabi ada berpesan “sampaikanlah dariKu walaupun sepotong ayat”, “sesungguhnya peringatan itu berguna untuk kaum mukmin” dan juga rasa belas ihsanku kepada seorang muslim seperti beliau masih kuat kerana Allah ada mengatakan “jagalah diri kamu dan kaum keluargamu (saudara seIslam) daripada api neraka”. Dan jihadku sekarang merupakan salah satu jihad akbar yang perlu aku harungi. Sekarang dalam masa 1 bulan yang tesisa sebelum pulang ke Malaysia, aku mencuba untuk menyiapkan satu lagi skripsi dengan judul “jihad politik” tetapi dikaji dalam kehidupan moden menurut pandangan ulama’-ulama’ dan cendikiawaan Islam. Dalam pengkajian ini aku akan lebih menekankan fahaman-fahaman barat yang menyerang dan merosakkan akidah umat Islam seperti gerakan orientalis yang membawa fahaman liberal, sosialis, secular, kapitalis dan segala macam fahaman yang berkaitan. Walaupun penelitian ini lebih menjurus kepada aliran pemikiran Islam ataupun perbandingan Agama, Insyaallah, dengan izin Yang Maha Agung bertujuankan untuk meninggikan kalimah Allah, Dia pasti membantu ummatnya yang memerlukan. Dalam masa yang sama juga aku ingin mendalami virus fahaman-fahaman yang dibawa oleh orientalis kerana tidak mustahil jikalau gejala al ghawul fikri ini tidak dibanteras, semakin lama semakin menular dalam masyarakat. Jikalau akar sudah rosak , sememangnya payah untuk memetik buah yang elok walaupun diletakkan baja, baja cuma untuk mengelokkan buah bukannya merubah terus. Bak kata orang lebih baik mencegah daripada mengobat. Kerana apabila diubat tidak semestinya baik.
Makanya, berbalik pada zaman lampau dimana diawal kemerdekaan Malaysia. Kerana apa Negara Malaysia merdeka?. Ada yang mengatakan kerana perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan Negara. Tapi aku pula berkata, jawapan itu masih lagi tidak tepat kerana kemerdekaan Malaysia adalah kerana kepersepakatan antara pemimpin Malaysia dan penjajah. Penjajah mensyaratkan Malaysia boleh merdeka jikalau meletakkan dasar dan cara pemerintahan penjajah. Bermakana berkulitkan Agama Islam tetapi berisikan penjajahisma. Yang mana dunia sekarang menobatkan Malaysia sebagai Negara umat Islam bukannya Negara Islam. Jadi, tugas siapakah sepatutnya menyelesaikan berbagai permaslahan ini. Hakikat ini juga telah ditegaskan oleh Sultan Azlan Shah , mantan Ketua Hakim Negara, bahwa Malaysia adalah sebuah Negara sekular. Bagi pihak Inggris sendiri, munculnya tokoh-tokoh nasionalis sekular yang menolak konsep Negara Islam seperti inilah yang menyebabkan mereka mahu menyerahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Ketika menyinggung dasar ini, lord Crommer, perancang penjajahan Inggris di Mesir menegaskan:
“England was prepared to grant political freedom to all her possessions as soon as a generation imbued through English culture were ready to take over, but under no circumstances would be British for a single moment tolerate and independent Islamic state”.

Adakah tugas Tuan Guru haji Abdul Hadi dan Tuan guru Nik Abdul Aziz serta pimpinan parti Islam sahaja. Bagi aku, tugas ini terpikul secara automatiknya kepada mereka-mereka yang telah melafazkan kaliamah syahadah. Cuma mereka-mereka ini perlu disedarkan dari tidur yang panjang dan dibangkitkan dari mimpi-mimpi indah orientalis. Dan bagi sahabat-sahabat yang sama fikrah dengan penulis, marilah sama-sama kita terus berjuang dalam berbagai bentuk tujuannya hanya kerana Allah. Berjuang tidak semestinya dengan senjata, malah berjuang dalam bentuk penulisan, lisan, ekonomi, pendidikan, teknologi juga merupakan jihad. Biarlah orang Islam lebih terkedepan dalam segala bidang dan jangan biarkan kaum Yahudi merosakkan agama Islam sebagaimana mereka telah Berjaya merosakkan agama-agama samawi yang lain. Dan penulis memerlukan sokongan dan dokongan berupa cadangan serta saranan dari sahabat-sahabat seIslam sekalian untuk perjuangan ini…. Wassalam….
0 ulasan:
/

sahabat