Jangan Pancing Kalau Tak Sanggup...


Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing pernahkah
kamu melihat orang memancing? Kalau
tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani
seseorang yang sedang asyik
memancing. Tiba-tiba mata kailnya
disentap oleh seekor ikan dan dia
segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut
jorannya
supaya mata kail semakin menyangkut
mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke
darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air.
Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda
tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai
oleh ikan itu? Bolehkan ia
menyambung hidup dengan mulutnya yang
terluka atau mungkin juga isi perutnya
yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami
kesakitan sebelum akhirnya mati.
Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek,
dia tentu tidak dapat mencari makanan,
untuk berenang pun mungkin dia tidak
mampu. Dia mungkin disisihkan oleh
kawan-kawan kerana sudah tidak boleh
aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah dia mula menyayangi
kamu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Jangan sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati
kamu untuk bercinta, seriuslah
dalam tindakan dan keputusan kamu itu,
sebab jika kamu hanya main-main, akan
ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali
ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek
kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH
menjadikan cinta untuk memberi
keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya
menjalani hidup mereka, tapi
tahukah kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang
berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun
akan bercinta suatu hari nanti,
peliharalah hatinya dan rencahilah
cinta kamu dengan kejujuran,
kesucian dan keikhlasan serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta
yang
begini akan kekal, selainnya pasti
menempuh jalan berliku dan akhirnya
menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur janganlah
bercinta dulu. Jika kamu belum
bersedia untuk setia janganlah cuba-
cuba
memberikan hati kepada orang lain.
Sebab perbuatan yang sebegini akan
hanya
menghabiskan masa, membazirkan air
mata dan perbuatan kamu itu akan
memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita
usahakan.... Jangan sesekali
memberikan harapan kepada orang lain,
yang mana kita sendiri pun tidak pasti
akan
kesudahannya. .. Jika hari ini kita
melukakan seseorang, suatu hari
nanti kita pula akan dilukai seperti
mana kita pernah melukakan dahulu....
Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan
ada balasannya.. .

Renungkanlah.... :)
0 ulasan:
/

sahabat