Tensyen.....


Besok 12 mac 2009, aku bersama sahabat-sahabat yang lain akan menyertai perlawanan badminton anjuran kedutaan besar Malaysia. Bertempat di suatu tempat yang aku sendiri belum pasti tempatnya kerana aku masih lagi belum mengenali tempat tersebut yang diberi nama Kebun Jeruk. Pada asalnya malam ini bertanggal 11 mac 2009 aku hendak mempersiapkan skripsi bab 4 aku yang baru sesuku aku selesaikan, dari pagi sampailah kemalam asyik duk mengadap laptop jee, naik kematu dah kepala ni. Dari pagi jari jemari berlari di keybord, petang baru berenti beristirehat. Bila malam menjelma selepas tenang menunaikan solat isya, niatku tulus dan ikhlas lagi murni untuk menyambung tugasan ku yang tertangguh pada petang tadi kerana pada keesokannya kemungkinan selepas perlawanan aku akan pulang kembali kesarang pada waktu malam, dan pada hari isnin lusa aku perlu bersua dengan dosen pembimbing yang aku kurang sealiran fahaman pemikiran. Bilamana laptp dibuka, terus kucari winap AIMP2 dan klik pada nasyid pilihan untuk menengkan fikiran.
Bertujuan untuk melancarkan perjalanan arus pemikiran untuk dicurahkan kedalam penulisan skripsi nanti. Bila dibuka folder “eyman skripsi” lantas ku mencari babV tapi tidak ketemuan sih… Ku ulang perbuatanku 2-3 kali. Dan pasti, lagi sahih objek yang kucari tidak ketemu. Aku tersenyum sendirian dan teringat kata-kata HM. Tuah Iskandar ‘seseorang dengan semangat BETA, semangatnya berkobar-kobar hingga apa yang dikerjakannya tercapai akan, tetapi apabila datangnya satu musiabah ataupun ujian, semangatnya terus hilang” dan dapatku rasa perkara tersebut sedang berlaku terhadap diriku dan cepat-cepat aku menyedarkan perasaan dari berlaku sedemikian. Aku tidak mahu dianggap “hangat-hangat tahi ayam”. Lalu aku mencari semangatku yang kian hilang dengan menaip lembaran luahan perasaan ini. Kupanjatkan kesyukuranku pada Ilahi, mungkin ada kesilapan yang kurang disedariku sepanjang nafasku berdegup dari subuh hingga saat ini, ku akui kelamahan ini. Terima kasih Ya Rabbi. .hidup ini sementara, beringatlah sebelum terkena…ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberi tahu, tiada siapapun dapat hindari, tiada siapapun yang terkecuali,.lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati, cukup sekali, tak sanggup untuk ku mengulangi, jantung berdegup kencang menantikan Malaikat datang, menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan, selama ini diceritakan kini aku merasakan, di alam barzakh jasad dikebumikan, ku merintis, ku menagis, ku meratap, aku mangharap, ku meminta, dihidupkan semula, agar dapat kembali ke dunia nyata…..Lalu aku menyudahi kalimatku dengan “ctrl s” kerana teman-temanku mempelawa untuk bermain badminton….sekian wassalam…21.00 p.m
0 ulasan:
/

sahabat